Bahagia itu punya banyak makna,
yang kekadang kau sendiri tak faham sebenarnya,
tapi sebenarnya ; bahagia itu bukan kekal selamanya,
Percaya? ; tak perlu tanya dia, kau yang rasa nikmatnya.
Bahagia itu punya banyak makna,
Bahagia tu kekadang gila,
taw kenapa?
-- Bahagia itu boleh buat orang senyum tanpa sedar dan selalu kena cop "GILA".
Kerana bahagia tu buat orang berusaha buat segalanya,
Sanggup berubah demi dia,
Sanggup korbankan sesuatu untuk dapatkan yang lebih bermakna,
-- hanya untuk dapat bahagia.
BAHAGIA.
Tapi sebenarnya bahagia tu bukan kekal selamanya ; sementara.
Kerana bahagia orang merana,
Kerana bahagia orang tidur tak lena,
Kerana bahagia manusia terpaksa hadapi segala,
Kerana bahagia punya banyak makna dan rasa.
Aku bahagia.
Bukan kerana senyumnya yang sampai telinga,
Bukan kerana hartanya yang berjuta,
Bukan kerana nikmat yang diberinya,
--Bukan kerana kau, dia dan mereka.
Tapi --
Aku bahagia kerana aku hargai setiap kali bahagia itu ada,
Dan aku redha ; bahagia itu hanya sementara,
Kerana Allah itu lebih mengetahui segalanya.
Kepada dia :
Yaa, memang aku harap kau ada selamanya,
Terima kasih selalu buat aku bahagia,
tersenyum dan cukup terasa bermakna,
tapi aku HARUS sedar -- kita manusia,
Kita tak boleh ada semuanya yang kekal selamanya.
TERIMA KASIH BERI AKU NIKMAT BAHAGIA WALAU SEMENTARA.
Coretan Ana - 33/365:2015.
No comments:
Post a Comment