CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 10, 2014

AKU --

Masa kini semakin cepat berlalu.
Sejam bagaikan sesaat ; cepat berlalu.
Semua ini telah mengajar aku sesuatu.

Sesuatu yang kadang-kadang buat aku buntu ;
Buntu untuk terus berfikir. 


Aku --
Umpama perempuan yang hidup dalam masa lalu.
Kenangan lalu.
Gambar dulu.
Hati dulu.
Kerana dulu aku selalu abaikan duluku ; Sejarahku.

Dan kini, aku hargainya, walau hanya tinggal dalam jiwaku.


Aku --
Yaa. Aku mengaku masih ingatkan dia.
Walau dia sudah tiada,
Walau aku telah berpunya,
Tapi mungkin dia masih dijiwa.

Mengapa? Mungkin kerana dia aku bahagia.


Aku --
Hanya ingin kau tahu,
Aku ; milikmu,
Tapi kau perlu tahu,
Kau perlu lakukan sesuatu,

; untuk aku lupakan dia, lelaki itu.


No comments: